Agong, Raja Permaisuri berangkat tiba di Parlimen
Astro Awani
Januari 30, 2024 08:35 MYT
Januari 30, 2024 08:35 MYT
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Dataran Parlimen, di sini, pada pukul 8.35 pagi bagi Istiadat Keberangkatan Balik sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka
Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, barisan Menteri Kabinet dan tetamu-tetamu lain.
Lagu Negaraku dimainkan Pasukan Pancaragam Pusat Regimen Askar Melayu Diraja serentak dengan 21 das tembakan meriam daripada pasukan 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja Istiadat
Yang di-Pertuan Agong turut berkenan melakukan Kawalan Kehormatan Utama.
* Ikuti siaran langsung Istiadat Keberangkatan Pulang Yang di-Pertuan Agong di saluran 501 dan semua platform media sosial Astro AWANI.