Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja
Bernama
November 29, 2022 22:43 MYT
November 29, 2022 22:43 MYT
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 di Istana Negara, malam ini.
Raja-Raja Melayu yang berangkat hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Majlis berkenaan turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.
Turut sama pada majlis itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
-- BERNAMA