Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis bacaan Yasin
Bernama
Julai 30, 2023 06:00 MYT
Julai 30, 2023 06:00 MYT
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, malam tadi, berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat bersempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Peribadi ke-64 Seri Paduka Baginda di Surau Utama Istana Negara.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menurut hantaran di Facebook Istana Negara.
Majlis bacaan Yasin dan doa selamat yang dipimpin Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Luqman Abdullah itu disertai anakanda Seri Paduka Baginda berdua serta kerabat-kerabat diraja negeri Pahang.
Majlis yang dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah itu turut dihadiri tetamu-tetamu kenamaan.
- BERNAMA