Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah atas pemergian ibu Azalina
Bernama
Oktober 25, 2022 18:26 MYT
Oktober 25, 2022 18:26 MYT
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga penyandang kerusi Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said atas pemergian ibunya, Datin Salamah Sheikh Ahmad hari ini.
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menerusi catatan dalam laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Salamah dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.
"Seri Paduka berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin," demikian menurut catatan itu.
Salamah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pagi ini dan jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat Zohor.
Julai lepas, bapa Azalina, Datuk Othman Said meninggal dunia pada usia 89 tahun di kediamannya di Kelana Jaya, Selangor kerana sakit tua. - BERNAMA
#ibu Azalina Othman
#ibu Azalina meninggal dunia
#Yang di-Pertuan Agong
#Allahyarham Salamah Sheikh Ahmad