Agong, Permaisuri zahir ucapan sempena Hari Keputeraan Sultan Brunei

Astro Awani
Julai 15, 2024 15:52 MYT
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menzahirkan ucapan selamat ulang tahun keputeraan kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
Menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim hari ini, Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan semoga Allah S.W.T merahmati Sultan Brunei dengan kebahagiaan dan melanjutkan usia baginda.
Sultan Hassanal Bolkiah diputerakan pada 15 Julai, 1946 di Bandar Brunei (Bandar Seri Begawan) dan ditabalkan sebagai Sultan Brunei ke-29 pada 1967.
Negara Brunei hari ini meraikan Hari Keputeraan Sultan Hassanal Bolkiah yang ke-78.
#Sultan Ibrahim #Raja Zarith Sofiah #Hari Keputeraan Sultan Hassanal Bolkiah #Facebook Sultan Ibrahim