Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat Tahun Baharu Cina

Fareez Azman
Januari 21, 2023 17:52 MYT
Baginda berdua bertitah mengharapkan hari perayaan kali ini membawa keceriaan, kemakmuran, kesejahteraan dan keafiatan kepada rakyat yang meraikannya. - Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.
Baginda berdua bertitah mengharapkan hari perayaan kali ini membawa keceriaan, kemakmuran, kesejahteraan dan keafiatan kepada rakyat yang meraikannya.
"Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan semoga hari istimewa ini membawa keceriaan, kemakmuran, kesejahteraan dan keafiatan yang berpanjangan kepada mereka yang meraikannya.
"Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan semoga sambutan perayaan kaum Cina sebegini akan terus mengukuhkan dan mengeratkan lagi perpaduan, semangat muhibah dan toleransi sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama," jelas kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook Istana Negara pada Sabtu.
Perayaan Tahun Baharu Cina akan disambut esok.
#Yang di-Pertuan Agong #Raja Permaisuri Agong #Tahun Baharu Cina #perpaduan
;