Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Raya Aidiladha

Bernama
Julai 9, 2022 13:15 MYT
Seri Paduka berdua turut menzahirkan harapan agar ibadah korban dapat dilakukan dengan sempurna, diberkati dan diterima Allah SWT. - Gambar/ Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini.
Seri Paduka berdua turut menzahirkan harapan agar ibadah korban dapat dilakukan dengan sempurna, diberkati dan diterima Allah SWT.
"Semoga dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan dan keredaan-Nya jua," titah Baginda berdua dalam poster ucapan yang dimuat naik menerusi Instagram Istana Negara.
Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha esok.
-- BERNAMA
#Aidiladha #Yang di-Pertuan Agong #Raja Permaisuri Agong #ucapan selamat