Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Natal
Bernama
Disember 24, 2022 20:15 MYT
Disember 24, 2022 20:15 MYT
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Natal kepada masyarakat Malaysia yang beragama Kristian.
Seri Paduka berdua menzahirkan ucapan itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Istana Negara, hari ini.
"Semoga perayaan ini membawa keamanan, kemakmuran, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua masyarakat yang beragama Kristian di Malaysia," menurut hantaran itu.
Hari Natal atau Krismas disambut pada 25 Dis setiap tahun oleh penganut Kristian. - BERNAMA