Agong, Permaisuri zahir takziah pemergian Ketua Pengarang Malay Mail
Bernama
Mei 14, 2021 16:02 MYT
Mei 14, 2021 16:02 MYT
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Datuk Wong Sai Wan atas pemergian Ketua Pengarang Malay Mail itu hari ini.
Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka turut menzahirkan rasa sedih atas pemergian mendiang dan berharap seluruh keluarga mendiang dapat bersabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana pilu itu.
"Seri Paduka Baginda amat menghargai khidmat bakti serta jasa mendiang kepada masyarakat dan menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada dunia kewartawanan negara," demikian menurut kenyataan itu.
Belasungkawa | Wong Sai Wan seorang pejuang kebebasan akhbar
Memperingati legasi mendiang Datuk Wong Sai Wan
Mendiang memulakan kerjaya sebagai wartawan dengan akhbar The Star pada awal 1980-an dan antara jawatan yang pernah disandang di akhbar itu ialah pewarta di Hong Kong serta pengarang eksekutif sebelum menyertai Malay Mail.
-- BERNAMA
#Al-Sultan Abdullah
#Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah
#Wong Sai Wan
#meninggal dunia
#zahir ucapan takziah
#komplikasi jantung
#SJMC
#kewartawanan