Agong, Permaisuri berkenan hadir majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Kabinet

Raja Hisyam Raja Zaid
April 18, 2022 21:10 MYT
Majlis itu merupakan acara rutin tahunan Istana Negara setiap kali Ramadan, yang kembali dianjurkan selepas tidak dapat diadakan selama dua tahun akibat Pandemik COVID-19. - Bernama
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri dan jemaah menteri di Istana Negara hari ini.
Selain anggota tertinggi kerajaan, hadir sama pada majlis tersebut adalah duta negara asing.
Sejurus selesai berbuka puasa, baginda berserta jemputan berangkat menunaikan solat maghrib berjemaah diikuti solat isyak dan tarawih..
Majlis itu merupakan acara rutin tahunan Istana Negara setiap kali Ramadan, yang kembali dianjurkan selepas tidak dapat diadakan selama dua tahun akibat pandemik COVID-19.
#Yang di-Pertuan Agong #Raja Permaisuri Agong #majlis berbuka puasa #Perdana Menteri
;