Agong, Permaisuri berkenan berbuka puasa di Masjid Jamek Negeri

Bernama
April 21, 2022 21:04 MYT
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat pada Majlis Berbuka Puasa dan Solat Maghrib di Masjid Jamek Negeri. - Foto BERNAMA
KUCHING: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah di Masjid Jamek Negeri di sini malam ini.
Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah ke majlis itu pada 6.30 petang diiringi oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Seri Paduka berdua disambut Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pada majlis itu, Seri Paduka berdua turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada 30 penerima daripada golongan asnaf.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kemudiannya berkenan menunaikan solat maghrib.
-- BERNAMA
#Yang di-Pertuan Agong #Raja Permaisuri Agong #berbuka puasa #Masjid Jamek Negeri #Premier Sarawak #Abang Johari Tun Openg
;