Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara

Bernama
Februari 7, 2025 09:20 MYT
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan. Pesawat khas baginda berlepas dari Pangkalan TUDM Subang pagi ini. - Facebook Sultan Ibrahim
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.
Mengiringi bersama Seri Paduka Baginda, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.
Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.
"Seluruh rakyat diminta mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#Yang di-Pertuan Agong #Sultan Ibrahim #rawatan #luar negara #Majlis Raja-Raja #Istana Negara
;