Agong jalani prosedur pemeriksaan kesihatan susulan di IJN

Astro Awani
Oktober 31, 2022 15:30 MYT
Menurut kenyataan Istana Negara, kesihatan Baginda berada secara amnya dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menjalani prosedur pemeriksaan kesihatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) untuk tempoh beberapa hari, bermula hari ini.
Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan, pemeriksaan kesihatan susulan itu dijangka selesai pada hujung minggu ini.
Menurut kenyataan itu, kesihatan Baginda berada secara amnya dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.
Seri Paduka Baginda telah dijadualkan menjalani prosedur tersebut pada pertengahan September lalu, namun ia ditangguhkan susulan keberangkatan Baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke United Kingdom bagi menghadiri Istiadat Pemakaman Ratu Elizabeth 11.
“Seluruh rakyat diseru bersama mendoakan agar Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan,” ujarnya.
#Al-Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah #pemeriksaan kesihatan susulan #IJN #Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
;