Agong jalani pemeriksaan di IJN, berkeadaan baik - Istana Negara

Bernama
April 4, 2015 16:00 MYT
Istana Negara mengucapkan terima kasih atas keprihatinan seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Seri Paduka Baginda Tuanku. -Gambar fail
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN), menurut Istana Negara.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Awang Kechik Abdul Rahman berkata kesihatan baginda adalah baik.
"Istana Negara mengucapkan terima kasih atas keprihatinan seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Seri Paduka Baginda Tuanku," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
#Abdul Halim Mu'adzam Shah #Agong #bijaya diraja #Istana Negara #kesihatan #tuanku
;