Agong bertemu kembali dengan rakan sekolah

Astro Awani
Jun 29, 2019 07:45 MYT
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan beramah mesra dengan rakan-rakan sekolah baginda pada majlis Tea Party Sekolah St Thomas Alumni di Istana Negara. - Foto Bernama
Selepas berpuluh tahun terpisah, akhirnya Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli bertemu rakan-rakan sepersekolahan baginda.
Mereka dipertemukan kembali dalam satu majlis minum petang bersama alumni Sekolah St. Thomas, Kuantan di Istana Negara pada Sabtu.
Baginda Al-Sultan Abdullah ditemani Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Kira-kira 70 orang hadirin terdiri daripada bekas guru, rakan sekelas dan sedarjah baginda bersama dalam majlis tersebut.
Baginda bertitah, walaupun sudah menjadi pemimpin tertinggi negara, baginda tidak pernah melupakan rakan-rakan sepermainan dan saat-saat indah bersama ketika di sekolah dahulu.
BACA JUGA: 'Terkejut saya tengok payung kuning, rupanya...' - Mangsa kemalangan dibantu Agong
#Agong #Al-Sultan Abdullah #Al-Sultan Abdullah Ri yatuddin Al-Mustafa Billah Shah #alumbi #Istana Negara #Raja Permaisuri Agong #sekolah #Sekolah St Thomas #Tunku Azizah Aminah Maimunah #Yang di-Pertuan Agong
;