Agong berkenan terima menghadap perpisahan Panglima TUDM

Bernama
Mac 4, 2022 16:00 MYT
Seri Paduka menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas jasa dan khidmat bakti Ackbal kepada TUDM dan negara. - Gambar/ Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap perpisahan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad di Istana Negara, hari ini.
Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam satu hantaran Facebooknya malam ini.
"Seri Paduka selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas jasa dan khidmat bakti Ackbal kepada TUDM dan negara," maklum Istana Negara.
Ackbal menyerahkan tugas Panglima Tentera Udara Ke-20 kepada Timbalan beliau pada 7 Mac lepas sebelum bersara sepenuhnya pada 3 Sept depan.
Beliau berkhidmat selama 42 tahun bersama TUDM.
-- BERNAMA
#Panglima TUDM #Yang di-Pertuan Agong #persaraan #Ackbal Abdul Samad