ISTANBUL: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat oleh Universiti Marmara sebagai mengiktiraf sumbangan baginda dalam bidang Sains Politik dan Hubungan Antarabangsa.
Ijazah Kedoktoran Kehormat itu disampaikan oleh Rektor Universiti Marmara Profesor Dr Mustafa Kurt berdasarkan sumbangan Seri Paduka dalam memelihara keamanan sejagat serta memperkukuh hubungan Turkiye dan Malaysia dalam satu majlis di universiti berkenaan di sini.
Seri Paduka dipersembah dengan persalinan jubah kedoktoran baldu merah bersulam emas beserta sijil dan sebuah plak.
Turut mengiringi baginda menerima penganugerahan itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Naib Presiden Turkiye Fuat Oktay.
Turut hadir Menteri Pengiring yang juga Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Universiti Marmara merupakan universiti di mana Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menerima ijazah pada 1981.
Semasa berkenan menerima skrol itu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan ucapan terima kasih kepada universiti berkenaan dan berbesar hati dianugerahkan ijazah kedoktoran kehormat tersebut.
Yang di-Pertuan Agong bertitah ijazah kedoktoran kehormat itu bukan sahaja begitu bermakna buat diri baginda tetapi juga merupakan penghormatan tertinggi yang diberikan kepada Malaysia dan rakyatnya.
"Ia merupakan cerminan tahap pengiktirafan dan penghormatan bersama tertinggi antara kedua-dua negara kita yang sememangnya bersaudara," titah baginda.
Sebagai negara Islam yang moden serta progresif, Yang di-Pertuan Agong bertitah Malaysia dan Turkiye boleh memupuk kerjasama lebih kukuh dalam bidang pendidikan.
Al-Sultan Abdullah percaya inisiatif sedemikian boleh menjadi pemangkin kepada umat Islam yang bersatu dan lebih kuat.
"Ketika kepercayaan itu tersebar dalam kalangan masyarakat yang pelbagai, pendidikan menjadi jalan penting untuk mewujudkan susunan sosial yang universal dan padu. Dalam skop ini, adalah besar harapan beta Turkiye akan menerima lebih ramai pelajar Malaysia untuk belajar di pelbagai institusi pendidikannya.
"Penyelidik bersama, sarjana dan pelajar, pertukaran dan perkongsian penemuan adalah beberapa elemen yang boleh diusahakan oleh institusi pendidikan kita," titah Seri Paduka.
Menyentuh Lawatan Negara itu, Seri Paduka bertitah ia bertujuan mengeratkan lagi hubungan persaudaraan antara Malaysia dan Turkiye yang telah menjalin hubungan diplomatik sejak 1964.
"Sejak itu, silaturahim kedua-dua negara telah diperkukuh dengan hubungan politik, ekonomi dan budaya yang lebih erat. Ikatan antara rakyat Malaysia dan Turkiye terus berkembang dengan semakin banyak lawatan. Peningkatan lawatan dan interaksi akan membolehkan kedua-dua negara mengenal pasti bidang kerjasama baharu yang memberi manfaat kepada rakyat," titah Seri Paduka.
Al-Sultan Abdullah turut mengulangi penghargaan baginda kepada Erdogan atas layanan mesra terhadap delegasi Malaysia semasa Lawatan Negara itu.
"Di bawah kepimpinannya, kedua belah pihak telah mencapai tahap kekuatan baharu dalam hubungan dua hala yang akan memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
"Beta berdoa agar Allah Yang Maha Kuasa akan melimpahkan rahmat-Nya kepada Turkiye dan rakyatnya," titah Al-Sultan Abdullah.
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sedang mengadakan Lawatan Negara tujuh hari ke Turkiye yang bermula Isnin lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 19 2022

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima Ijazah Kedoktoran Kehormat Sains Politik dan Hubungan Antarabangsa dari Universiti Marmara. - Foto BERNAMA
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri pada Jumaat
Proses mengambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan disambung pada pagi Jumaat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

PM Anwar ucap tahniah kepada penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat hari wilayah
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada 32 individu yang dianugerahkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Dikurnia gelaran Datuk, suntikan semangat tingkat perkhidmatan kepada rakyat - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang diterimanya hari sebagai satu suntikan semangat.

Agong perkenan dua akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan dua akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.

Agong kurnia bot pemintas berteknologi tinggi kepada Maritim Malaysia Pahang
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sebuah bot pemintas berteknologi tinggi kepada Maritim Malaysia Pahang.

Agong zahir ucapan selamat Hari Tentera Darat ke-92
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-92 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM).

Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan khas ke Brunei
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Agong berangkat tiba di Brunei sempena lawatan khas
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berangkat tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei sempena lawatan khas hari ini.

Agong berkenan berangkat ke mesyuarat pengurusan kanan Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengadakan mesyuarat bersama pengurusan kanan Istana Negara di Istana Negara, hari ini.

Warga emas didenda RM30,000 muat naik hantaran bersifat palsu mengenai Agong, Majlis Raja-Raja
Seorang warga emas didenda selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menggunakan aplikasi Facebook.

Agong perkenan enam akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan enam akta diluluskan Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.