JERANTUT: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat merasmikan pusat hemodialisis kelima Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) di Taman Impian Permai, di sini.
Keberangkatan tiba baginda diiringi anakanda Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Nor Azimi Yunus dan Pengurus Besar YASA Mohd Fakhrul Islam Juhali.
Pada majlis itu, Seri Paduka berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan pesakit yang sedang menjalani rawatan di pusat hemodialisis itu.
Baginda kemudiannya berkenan menyaksikan penyerahan ambulans pertama kepada YASA, dilengkapi defibrillator dan ventilator (alat bantuan penafasan), bagi tujuan bantuan dan rawatan bagi kes trauma serta kecemasan.
Pusat hemodialisis terbabit memberikan rawatan percuma kepada pesakit buah pinggang yang ditaja sepenuhnya oleh YASA, dengan 12 mesin dialisis telah ditempatkan di pusat yang beroperasi pada Isnin hingga Sabtu dari 7 pagi hingga 5 petang itu.
Dalam kenyataan dikeluarkan Istana Negara, Seri Paduka menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Kesihatan, agensi kerajaan dan penaja yang telah memberikan sokongan serta sumbangan kepada usaha murni baginda dalam menjayakan penubuhan pusat hemodialisis YASA Jerantut.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mejar Jeneral Datuk Zahari Mohd Ariffin berkata keprihatinan tinggi Al-Sultan Abdullah terhadap pesakit buah pinggang kronik dan juga keperluan perkhidmatan hemodialisis kepada mereka yang tidak berkemampuan, khususnya golongan M40 dan B40, telah mendorong baginda menubuhkan pusat itu bagi membantu meringankan beban kewangan mereka.
Beliau berkata sebagai sebuah organisasi kebajikan yang tidak berorientasikan keuntungan, pusat hemodialisis YASA menerima pesakit kurang berkemampuan di bawah tajaan YASA dan juga tajaan atau subsidi daripada badan-badan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan majikan.
"Penubuhan pusat hemodialisis YASA juga dengan tujuan murni menyahut seruan dan membantu kerajaan kerana pesakit yang memerlukan rawatan begitu ramai dengan jumlah kes baharu mencecah 8,000 kes setahun," katanya.
Pusat Hemodialisis YASA di Jerantut merupakan yang kelima selepas di Taman Melati, Kuala Lumpur yang telah dibuka pada 28 Julai 2022; Pekan, Pahang (11 Dis 2021), Setiawangsa dan Cheras di Kuala Lumpur masing-masing mula beroperasi pada 12 Ogos 2020 dan 7 Ogos 2019.
Zahari memaklumkan pada tahun lepas keempat-empat pusat hemodialisis sedia ada YASA telah melaksanakan rawatan hampir 20,363 sebulan dengan peratusan penggunaan mesin di setiap pusat antara 95 dan 100 peratus.
Beliau berkata, baginda menyeru lebih ramai individu dan pihak swasta tampil membantu golongan sasar ini mendapatkan rawatan hemodialisis menerusi tajaan dan subsidi rawatan dan menasihatkan rakyat untuk sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, mengawal pemakanan harian serta mengelakkan produk yang boleh memudaratkan buah pinggang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 25 2023

Seri Paduka turut berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan pesakit yang sedang menjalani rawatan di pusat hemodialisis itu. - Bernama

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Duta Besar M'sia ke AS: Nama calon sudah ada, perlu perkenan Agong dahulu - Anwar
Pelantikan jawatan itu perlu mendapat perkenan YDPA Sultan Ibrahim, yang kini sedang berada di luar negara untuk menjalani rawatan.

UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong
Jemaah Menteri mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesembuhan dan selamat menerima rawatan perubatan di luar negara.

Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-268 di Istana Negara, hari ini.