Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan, mencemar duli mengadakan lawatan mengejut kepada mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Chegar Perah, Lipis kira-kira 278 kilometer dari sini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan media di sini hari ini berkata, Seri Paduka berangkat tiba di sekolah itu pada 3.45 petang dan berkenan meluangkan masa selama hampir 45 minit, untuk menyantuni 265 mangsa banjir yang berada di situ.
"Seri Paduka Baginda berkenan meluangkan masa beramah mesra dan berinteraksi dengan mangsa banjir, selain turut mengurniakan sumbangan wang tunai kepada mereka, bagi meringankan beban yang ditanggung selepas rumah mereka dilanda banjir, sejak semalam.
"Keberangkatan mengejut Al-Sultan Abdullah mencerminkan keprihatinan tinggi baginda terhadap mangsa banjir dan golongan yang memerlukan bantuan. Ia juga mencerminkan keperibadian tinggi Seri Paduka menyantuni mangsa banjir terlibat," katanya.
Turut hadir mengiringi Al-Sultan Abdullah ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Pahang Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak, Pegawai Daerah Lipis Datuk Mohd Hafizi Ibrahim dan Setiausaha Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Datuk Ahmad Hairi Hussin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata, pusat pemindahan sementara di sekolah itu mula beroperasi pada 9 malam semalam (Isnin), selepas banjir kilat berlaku ekoran hujan yang berterusan, sehingga hampir sembilan jam.
Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan berlaku dalam kejadian tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 14 2020
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kiri) berkenan, mencemar duli mengadakan lawatan mengejut kepada mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Chegar Perah, Lipis. - Facebook Istana Negara
Kerajaan Jepun lulus draf Belanjawan 2025 dengan peruntukan pertahanan tertinggi
Kerajaan Jepun pada Jumaat meluluskan draf belanjawan untuk tahun kewangan 2025, dengan peruntukan tertinggi sebanyak 8.7 trilion yen (US$55.4 bilion) bagi perbelanjaan pertahanan.
100 penggiat industri disasar terima sumbangan Ziarah MADANI@Finas
Sehingga kini, 48 penggiat industri menerima bantuan Ziarah Seni MADANI@Finas yang bertujuan meringankan beban warga seni yang memerlukan.
Polis tahan lelaki rosak cermin kereta guna rantai besi
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai melakukan khianat dengan mengayun rantai besi ke cermin hadapan sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Penang pada Rabu.
[TERKINI] Kenaikan tarif elektrik tidak bebankan rakyat
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan, kenaikan tarif elektrik tahun depan tidak akan membebankan rakyat majoriti, sebaliknya ia hanya melibatkan golongan atasan.
Sebatan di khalayak: Hukuman 6 sebatan selesai dalam tempoh 2 minit
Pesalah khalwat berulang selasai menjalani hukuman enam sebatan di khalayak ramai yang dilaksanakan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, pada Jumaat.
[TERKINI] PM Anwar bertemu Thaksin, bincang pelbagai isu kritikal serantau
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dan membincangkan pelbagai isu kritikal serantau.
Kerja pembersihan tumpahan minyak sawit di Lebuhraya Karak selesai - LUAS
Kerja pembersihan tumpahan minyak susulan insiden kemalangan lori di Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur selesai dilaksanakan malam tadi.
Saham TNB: Melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
Perdana Menteri Singapura Wong bentang Belanjawan 2025 pada 18 Feb
Belanjawan itu akan disiarkan secara langsung di televisyen dan radio.
JPJ sita lori tercabut tayar, dipercayai punca kemalangan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyita lori yang mengalami tayar tercabut dan dipercayai mengakibatkan kemalangan lima kenderaan di Kilometer 204.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Banjir di Lipis pulih sepenuhnya
Mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit dan PPS Masjid Kampung Beletik dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekitar 12.20 tengah hari tadi.
Banjir Raub pulih sepenuhnya
Seramai 89 mangsa daripada 28 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara di daerah Lipis.
Banjir kembali landa Raub, Lipis
Dua kampung terjejas di Lipis adalah Kampung Beletik dan Kampung Lubuk Kulit, dengan 18 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di dua PPS.
KDN jangka kumpul 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir untuk dilupuskan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjangkakan mengumpul kira-kira 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir di Kelantan, Terengganu, dan Kedah untuk dilupuskan mengikut syarak.
Banjir: 23,000 laporan kerosakan diterima berkaitan aset polis Kelantan
Kerosakan itu antaranya membabitkan kenderaan, balai dan pondok polis serta pos Pasukan Gerakan Am (PGA).
10 cedera akibat banjir kilat di Sumatera Utara, Indonesia
Hujan lebat mencetuskan banjir kira-kira 7 malam waktu tempatan, menjejaskan dua mukim iaitu Batang Angkola dan Tano Tombangan.
'Buat keputusan sukar tidak tangguh ujian bertutur SPM' - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek akui, membuat keputusan amat sukar ketika memutuskan untuk meneruskan Ujian Bertutur Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di semua negeri terjejas banjir
Jumlah kerugian akibat banjir dianggarkan melebihi RM300 juta - Mohamed Fadzli
Jumlah kerugian akibat banjir di Kelantan baru-baru ini dianggarkan bernilai lebih RM300 juta, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.
Pasaran getah ditutup rendah
Pasaran getah ditutup rendah pada Rabu, seiring dengan aliran menurun pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
Mangsa banjir di Johor kekal 36 orang petang ini
Kesemua mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat.