Agong berkenan bersantap di restoran Nasi Lemak Wanjo

Bernama
Jun 3, 2024 12:30 MYT
Seri Paduka Baginda berkenan berangkat ke kedai makan yang popular di Kampung Baru itu, untuk santapan sarapan pagi. - Foto IG officialsultanibrahim
KUALA LUMPUR: Keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Nasi Lemak Wanjo hari ini, nyata mengejutkan dan membawa keterujaan kepada pengunjung yang ada di restoran yang terletak di Kampung Baru berkenaan.
Menerusi catatan di laman Facebook Sultan Ibrahim, Seri Paduka Baginda berkenan berangkat ke kedai makan yang popular di Kampung Baru itu, untuk santapan sarapan pagi.
"Sultan Ibrahim juga berkenan meluangkan masa untuk beramah mesra serta bergambar dengan rakyat jelata," menurut hantaran tersebut.
Rakyat Malaysia menyambut cuti umum sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong hari ini.
-- BERNAMA
#Yang di-Pertuan Agong #Sultan Ibrahim #Nasi Lemak Wanjo #rakyat Malaysia #Sarapan
;