Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266

Bernama
Julai 16, 2024 09:32 MYT
Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara, di sini hari ini.
Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Mesyuarat Majlis Raja-Raja akan berlangsung selama dua hari bermula esok.
Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
-- BERNAMA
#Yang di-Pertuan Agong #pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja #Sultan Ibrahim #Istana Negara #Tuanku Muhriz Tuanku Munawir