Agong berangkat ke MIHAS 2019
Amirah Shariffudin
April 6, 2019 18:41 MYT
April 6, 2019 18:41 MYT
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke-16 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Jumaat.
Baginda beramah mesra dengan peserta serta pengunjung dan melawat beberapa gerai pameran yang menjual pelbagai produk halal.
MIHAS 2019 merupakan ekspo perdagangan halal yang melibatkan entri daripada peserta lokal dan antarabangsa, menjadikannya sebagai suatu platform bagi perdagangan halal global.
Antara negara-negara antarabangsa yang turut terlibat dengan pameran berkenaan adalah Thailand, Indonesia, Amerika Syarikat, India, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Palestin, Kuwait, dan Taiwan.
Pameran perdagangan halal yang ke-16 ini juga berjaya mendapatkan lebih 1,000 entri penyertaan pameran dari 44 negara dengan 1.5 juta produk halal dipamerkan.
MIHAS 2019 yang berlangsung di MITEC selama empat hari mulai 3 hingga 6 April itu akan dibuka kepada orang ramai pada hari Sabtu dari pukul 10 pagi hingga 7 petang.
#Amerika Syarikat
#Halal
#India
#Indonesia
#Malaysia
#MIHAS 2019
#MITEC
#Palestine
#Pameran Halal Antarabangsa Malaysia
#Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia
#Taiwan
#Thailand
#UAE
#Yang di-Pertuan Agong