Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan berangkat ke majlis santapan pagi di Istana Negara di sini sempena Aidilfitri.

Terdahulu, baginda berdua menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Majlis santapan pagi itu turut dihadiri anggota jemaah menteri.

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah kemudiannya berangkat ke Masjid Negara untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Selepas itu baginda berdua dijadualkan berangkat ke Majlis Ramah Mesra bersama dif-dif kenamaan utama, duta-duta asing, sahabat dan kerabat di Dewan Santapan 2, Istana Negara.