KUALA LUMPUR:Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat ke Abu Dhabi untuk lawatan khas lima hari ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula hari ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata lawatan khas berkenaan adalah atas jemputan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.
"Agenda utama lawatan khas ini melibatkan perbincangan Al-Sultan Abdullah bersama Sheikh Mohamed Zayed dan kepimpinan tertinggi kerajaan UAE berkenaan hasrat kerajaan UAE untuk menyumbang sebanyak 500,000 dos vaksin COVID-19 kepada Malaysia bagi tujuan ujian klinikal fasa ketiga di negara ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara.
Ahmad Fadil berkata Al-Sultan Abdullah juga akan berbincang mengenai usaha memperkukuh dan meningkatkan lagi kerjasama serta hubungan dua hala Malaysia-UAE dalam pelbagai sektor.
Pada lawatan khas itu, Yang di-Pertuan Agong antara lain dijadualkan berangkat menghadiri majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat, sekali gus meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra bersama diaspora Malaysia di UAE, serta berangkat melawat Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) dan Pusat Vaksinasi COVID-19 Abu Dhabi.
Bagi memastikan keselamatan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan wabak COVID-19, Ahmad Fadil berkata lawatan khas Seri Paduka adalah berlandaskan pengendalian dan tatacara-tatacara SOP yang ditetapkan kerajaan Malaysia dan UAE, meliputi semua majlis yang dihadiri Al-Sultan Abdullah.
"Berdasarkan SOP yang ditetapkan, Al-Sultan Abdullah dan delegasi telah menjalani ujian saringan COVID-19 empat hari (96 jam) sebelum berangkat ke Abu Dhabi dan akan menjalani ujian sama sebaik sahaja mendarat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi," katanya.
Al-Sultan Abdullah dan delegasi juga akan menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum berangkat pulang dari Abu Dhabi dan sebaik mendarat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sekembali ke tanah air kemudian, Seri Paduka akan menjalani kuarantin diri di Istana Negara selama 10 hari seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) manakala anggota delegasi menjalani kuarantin diri di lokasi ditetapkan KKM.
Ahmad Fadil berkata lawatan khas itu adalah lawatan ketiga Al-Sultan Abdullah ke Abu Dhabi. Lawatan pertama Al-Sultan Abdullah ke Abu Dhabi merupakan lawatan khas pada Jun 2019, diikuti lawatan peribadi atas jemputan Sheikh Mohamed Zayed pada November tahun sama.
Sheikh Mohamed Zayed melakukan lawatan khas ke Malaysia atas jemputan Al-Sultan Abdullah bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai 2019.
UAE merupakan rakan dagang dan sumber eksport serta import terbesar Malaysia di rantau Asia Barat dengan nilai dagangan dua hala berjumlah US$6.42 bilion (RM25.9 bilion) pada 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 18 2020
Al-Sultan Abdullah dan delegasi menjalani ujian saringan COVID-19 empat hari sebelum berangkat ke Abu Dhabi dan akan menjalani ujian sama sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi. - Foto Facebook Istana Negara
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Huawei lancar MatePad 12 X, jam pintar Huawei Watch D2
HUAWEI MatePad 12 X merupakan sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti dan kreativiti dalam reka bentuk yang 'ultra-stylish'.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Dua beranak mengaku tidak bersalah tipu pelaburan durian
Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura, tahun lalu.
Bachok jajahan pertama Kelantan dilanda banjir, sebuah PPS dibuka
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Daim
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan siasatan ke atas keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung perolehan aset-aset di luar negara masih diteruskan.
[TERKINI] Bachok daerah pertama dilanda banjirm hujan berterusan sejak Rabu
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu dan sebuah PPS dibuka.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
Agong titah penjawat awam laksana tanggungjawab penuh integriti - KSN
Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua penjawat awam untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh integriti.
Agong terima menghadap Peguam Negara baharu
Menerusi hantaran di Facebook baginda, pertemuan tersebut berlangsung di Istana Negara pada Selasa.
Permaisuri Agong gayakan Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menggayakan baju kurung Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei baru-baru ini.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.
Ketua Polis Indonesia, Filipina dahului penerima DKPP daripada Agong
Dua pegawai tertinggi polis Indonesia dan Filipina itu mendahului 100 penerima pingat termasuk empat pegawai kanan PDRM.
Agong berkenan kurnia 100 pingat pada istiadat DKAT 2024
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Tentera Laut ke-19 Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain.