Agong berangkat hadiri Program Qiam D'Raja

Bernama
Jun 11, 2018 22:37 MYT
Sultan Muhammad V ketika hadir pada program Qiam Diraja di Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian, malam ini. Turut hadir, Tengku Muhammad Faiz (kiri) dan Ahmad (tiga, kiri). --fotoBERNAMA
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan berangkat menghadiri Program Qiam D'Raja di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian di sini, malam ini.
Seri Paduka, yang diiringi Pemangku Raja Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra, turut menunaikan solat Isyak dan solat sunat Tarawih sebelum berkenan menyampaikan zakat kepada 1,439 asnaf.
Turut berangkat hadir ialah Tengku Temenggong Kelantan Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz.
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad juga menghadiri majlis itu.
Yang di-Pertuan Agong juga dijadual mengikuti Qiamullail bersama-sama para jemaah bermula 3.30 pagi ini Masjid Al-Sultan Ismail Petra.
Program tahunan itu akan diakhiri dengan solat Subuh berjemaah di masjid berkenaan.
-- BERNAMA
#Ahmad Yakob #Masjid Al-Sultan Ismail Petra #Menteri Besar #qiam #Qiamullail #Sultan Muhammad V #Yang di-Pertuan Agong
;