Affendi Buang dilantik Panglima ATM yang baharu

Astro Awani
Januari 2, 2020 17:41 MYT
Jeneral Tan Sri Affendi Buang (depan, paling kiri) pada Isitiadat Perbarisan Penghargaan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Ke-20 di Dataran Panglima Tentera Darat Kem Perdana Sungai Besi hari ini. - Foto BERNAMA
Jeneral Tan Sri Affendi Buang dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ke-21 berkuat kuasa hari ini.
Beliau menggantikan Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin yang bersara wajib hari ini.
Affendi, 57, sebelum ini berkhidmat sebagai Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selama tiga tahun bermula 21 Disember 2016.
Berasal dari Kuching, Sarawak, beliau mendapat pendidikan di Maktab Tentera Diraja Sungai Besi pada 1978 sebelum menyertai ATM dan menjalani latihan asas pegawai kadet di Port Dickson.
Affendi kemudiannya menjalani latihan penerbangan asas di TUDM Alor Setar dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada 1982.
#Affendi Buang #Affendi Buang dilantik Panglima ATM #ATM #Panglima Angkatan Tentera #PAT
;