Aeon BiG anjur 'Orange Day' di cawangan Putrajaya, terima respons positif pengunjung

Faida Rahim
Jun 24, 2023 20:43 MYT
Nazwan memaklumkan, Aeon BiG Alamanda menawarkan promosi sehingga 80 peratus untuk beberapa kategori barangan termasuk barang dapur segar, perkakas dan perhiasan rumah. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Syarikat beli belah gergasi Aeon BiG (M) Sdn Bhd (Aeon BiG) menganjurkan Orange Day di cawangan Alamanda, Putrajaya pada Sabtu.
Ketua Bahagian Pemasaran Aeon BiG Nazwan Effendy Choong berkata, atas maklum balas positif diterima sebelum ini, Aeon Big memberi peluang untuk pengalaman beli belah produk pelbagai jenama termasuk barangan dapur sehingga ke alat perkakas rumah dengan harga mampu milik.
"Orange Day adalah hari istimewa di mana pelanggan Aeon BiG dapat menikmati pelbagai jenis barangan dengan harga promosi terbaik, the biggest big deal dalam pasaran pada hari ini.
"Bukan sahaja untuk barangan dapur, kita juga menawarkan promosi untuk peralatan elektrik, barang keperluan rumah, bedding dan sebagainya," katanya.
Dalam pada itu, Nazwan memaklumkan, Aeon BiG Alamanda menawarkan promosi sehingga 80 peratus untuk beberapa kategori barangan termasuk barang dapur segar, perkakas dan perhiasan rumah.
"Misalnya untuk barangan perkakas rumah ada produk tawaran sehingga 60 peratus, untuk barang katil kamar ada sehingga 80 peratus, fresh items seperti udang RM1.90 sekilo, ayam drumstick RM1.20 sekilo. Ini semua antara paling murah untuk hari ini di outlet Putrajaya," ujarnya.
Tambah Nazwan, Orange Day akan diteruskan ke tiga lokasi Aeon BiG pada Julai depan termasuk menjelajah ke seluruh Malaysia dalam masa terdekat.
"Kita akan ulang Orange Day dengan menjelajah ke lokasi lain di seluruh negeri. Dalam masa sama, tawaran barangan kita akan rotate mengikut kehendak komuniti setempat.
"Misalnya kalau kita tengok di Putrajaya ini barangan seperti beras, ayam drumstick memang popular, jadi kita akan pastikan kita customized promosi mengikut kawasan yang akan dianjurkan Orange Day selepas ini," katanya.
AEON BiG anjur orange day di cawangan Putrajaya, terima respon positif
#Orange Day #promosi hebat #Aeon Big #mampu milik
;