Adzli Abu Shah dilantik Timbalan Ketua Polis Kedah baharu
Adie Sufian Zulkefli
Januari 4, 2024 17:39 MYT
Januari 4, 2024 17:39 MYT
ALOR SETAR: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, IPK Kedah, DCP Adzli Abu Shah dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kedah yang baharu, berkuat kuasa hari ini.
Lantikan beliau bagi menggantikan DCP Datuk Abu Samah Mohd Noor yang menjadi Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur.
Majlis serah terima tugas disaksikan oleh Ketua Polis Kedah, CP Datuk Fisol Salleh di Dewan Tunku Ibrahim, IPK Kedah, pagi tadi.
Terdahulu sebelum itu, Datuk Fisol telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada DCP Adzli.
Dalam majlis sama juga turut diadakan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah di antara DCP Adzli dan ACP Wan Azharuddin Wan Azhar yang memangku jawatan tersebut.