ADUN Sungai Bakap meninggal dunia

Dewi Nur Harasha Alias
Mei 24, 2024 14:47 MYT
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 1.38 tengah hari di Hospital Seberang Jaya.
GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff disahkan meninggal dunia tengah hari tadi.
Setiausaha Badan Perhubungan Pas Negeri Pulau Pinang, Izuree Ibrahim, berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 1.38 tengah hari di Hospital Seberang Jaya.
Difahamkan, jenazah akan disolatkan di Masjid Jamek Sungai Acheh dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam masjid itu kira-kira jam 6 petang nanti.
Pada hujung April lalu, Nor Zamri dimasukkan ke hospital berkenaan dan terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana keradangan di bahagian perut.
Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lepas menentang calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi. Beliau mendapat 15,433 undi.
#ADUN Sungai Bakap #meninggal dunia #Nor Zamri Latiff #sah #ADUN PAS
;