ADUN Seri Setia kritikal

Ibrahim Sani
Julai 30, 2018 19:13 MYT
Shahruddin dikatakan menghidap kanser usus (colon cancer) tahap empat. -Gambar fail
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Shaharuddin Badaruddin dilapor sedang berada dalam keadaan kritikal dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di ibu kota.
Shahruddin dikatakan menghidap kanser usus (Colon Cancer) tahap empat.
Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dan juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau adalah bekas Timbalan Naib Canselor UNISEL dan Ahli Lembaga Pengarah Institut Darul Ehsan (IDE).
Shaharuddin dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN) Selangor selepas memenangi kerusi DUN Seri Setia pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
#Anwar Ibrahim #badaruddin #Keadilan #Najwan Halimi #Nik Nazmi #Nurul Izzah #PKR #seri setia #shaharuddin
;