ADUN Paloh sahkan diri positif COVID-19

Bernama
Februari 1, 2021 22:08 MYT
ADUN Paloh Sheikh Umar Bagharib Ali hari ini mengesahkan dirinya positif COVID-19.
JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh Sheikh Umar Bagharib Ali hari ini mengesahkan dirinya positif COVID-19.
Katanya, beliau telah menjalani ujian calitan di Pejabat Kesihatan Daerah Kluang pada 11.30 pagi semalam selepas mengalami lesu badan sebelum menerima keputusan ujian pada 5 petang tadi.
"Saya tidak demam cuma badan rasa tidak berapa sedap, selepas itu lidah tiada deria rasa. Saya dapat tahu keputusan 5 petang tadi.
"Setakat ini, saya masih di rumah dan menunggu arahan seterusnya daripada doktor," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.
Terdahulu, Sheikh Umar berkongsi berita mengenai perkara itu menerusi hantaran di laman Facebook beliau serta memohon doa daripada orang ramai supaya kembali sihat.
-- BERNAMA
#ADUN Paloh #Sheikh Umar Bagharib Ali #positif COVID-19 #COVID-19 #Pejabat Kesihatan Daerah Kluang
;