ADUN Mahkota dilapor dalam keadaan kritikal

Siti Nur Aqilla Omar
Ogos 2, 2024 03:40 MYT
Ahmad Zahid ketika melawat Sharifah Azizah di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom. - Astro AWANI
KLUANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dilaporkan agak kritikal.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ubat tidur yang diberikan kepada beliau telah dihentikan sejak pagi tadi.
"Situasi Datuk Sharifah Azizah, agak kritikal dan kita doakan Allah mudahkan urusan sebaik-baiknya, diberikan kesembuhan. Jika sebaliknya berlaku kita sama sama-sama berdoa dan segala urusan dipermudahkan.
"Ikut doktor pakar, ubat tidur telah dihentikan sejak pagi tadi. Kita doakan yg terbaik," katanya pada sidang media di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, di sini hari ini.
Terdahulu, Ahmad Zahid menziarahi Sharifah Azizah Syed Zain dan tiba di perkarangan hospital berkenaan kira-kira jam 10.36 pagi sebelum dilihat diiringi memasuki premis itu.
Turut mengiringi Pengarah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Dr Mohamad Nizam Subahir, bekas Menteri Perpaduan Halimah Mohamed Sadique dan Ketua UMNO bahagian Kluang, Datuk Jais Sarday.
#Sharifah Azizah Syed Zain #ADUN Mahkota #kritikal #ICU