ADUN Kunak positif COVID-19
Bernama
Oktober 15, 2020 21:49 MYT
Oktober 15, 2020 21:49 MYT
KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif mengesahkan beliau positif COVID-19 dan kini sedang menerima rawatan di hospital.
Norazlinah berkata beliau menjalani ujian saringan kali kedua semalam, dan didapati positif.
"Saya kini menjalani kuarantin dan rawatan di sebuah hospital di Kota Kinabalu," katanya ketika dihubungi Bernama.
-- BERNAMA