ADUN Kajang: Saya letak jawatan untuk kepentingan bersama
Astro Awani
Januari 27, 2014 23:27 MYT
Januari 27, 2014 23:27 MYT
“Untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat untuk rakyat Selangor”.
Ini merupakan penjelasan oleh Ahli Dewan Undangan Negara (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh atas perletakan jawatan beliau sebagai wakil rakyat.
Kenyataan Lee, yang juga dikenali sebagai CC Lee, dimuat naik dalam Facebook rasmi parti politiknya PKR.
“Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan terhutang budi kepada semua pengundi di Kajang yang telah memberi peluang kepada saya menjadi wakil rakyat DUN N25 Kajang,” kata Lee dalam kenyataan tersebut.
“Saya terharu dengan kemurahan hati pengundi-pengundi di Kajang yang telah memberi kerjasama dan kepercayaan selama ini kepada saya.”
Berita perletakan jawatan Lee hari ini disahkan petang tadi oleh Speaker Selangor Hannah Yeoh.