ADUN bergelar 'Datuk' ditahan SPRM Terengganu

Astro Awani
Januari 20, 2019 21:02 MYT
ADUN itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bergelar 'Datuk' telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu pada Ahad.
ADUN yang berusia 54 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Menurut sumber, suspek dikatakan telah mengemukakan tuntutan berjumlah lebih kurang RM500,000 kepada Pejabat Daerah dan Tanah di sebuah daerah bagi perbelanjaan untuk 32 program.
Walau bagaimanapun, program berkenaan dipercayai tidak dilaksanakan.
ADUN berkenaan telah ditahan pada kira-kira jam 5 petang Ahad di pejabat SPRM Terengganu.
#ADUN #Ahli Dewan Undangan Negeri #Datuk #Seksyen 18 Akta SPRM 2009 #SPRM #Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia #terengganu
;