Aduh! 40 minit kaki tersepit eskalator

Sinar Harian
November 3, 2019 14:23 MYT
Pasukan bomba sedang membantu mengeluarkan kaki kanan mangsa yang tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah pagi tadi. - Foto JBPM KL
Seorang lelaki berusia 49 tahun menahan sakit hampir 40 minit selepas sebelah kakinya tersepit pada eskalator tingkat satu sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pagi tadi.
Komander operasi dari balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Mohd Zuhair Faisal Zulkifli berkata, seramai enam anggota bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan jam 10.01 pagi.
"Pasukan bomba tiba lima minit kemudian sebelum menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan kaki kanan mangsa yang tersepit.
"Mangsa yang cedera patah kaki dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut," katanya.
Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan.
#balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa #bomba #cedera #Hospital #JBPM #kakinya tersepit #kakinya tersepit eskalator #Kuala Lumpur #lelaki
;