Aduan salah laku integriti: DOF jamin tindakan tegas, siasatan secara holistik

Bernama
Jun 14, 2024 14:00 MYT
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) akan mengambil tindakan tegas dan hukuman setimpal terhadap kakitangan yang didapati melanggar etika dan peraturan jabatan.
PUTRAJAYA: Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) akan mengambil tindakan tegas dan hukuman setimpal terhadap kakitangan yang didapati melanggar etika dan peraturan jabatan.
Komitmen itu disuarakan susulan laporan akhbar semalam yang melaporkan 16 aduan salah laku integriti melibatkan DOF diterima Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) tahun ini.
DOF dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerjasama sepenuhnya akan diberikan kepada EAIC dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi mengelakkan sebarang salah laku di masa hadapan.
Menurut DOF, jaminan diberikan kepada setiap kes disiasat secara holistik, telus, adil serta melalui prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi memastikan tiada pihak teraniaya.
-- BERNAMA
#DOF #Jabatan Perikanan Malaysia #aduan salah laku integriti #tindakan tegas