Adik Syamimiliyana masih menanti sekeping hati

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Disember 9, 2014 07:45 MYT
Kehadiran maskot Upin Ipin bersama rombongan pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa di Hospital Selayang pada Selasa adalah merupakan sebahagian aktiviti universiti terbabit. - Foto Astro AWANI
Kehadiran maskot animasi terkenal Upin Ipin sedikit sebanyak berjaya menceriakan adik Syamimiliyana Estrop yang menghidap barah hati kronik (berkuprum) sejak berusia 3 tahun.
Kehadiran maskot itu bersama rombongan pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa di Hospital Selayang pada Selasa adalah merupakan sebahagian aktiviti universiti terbabit.
Dalam perbualan telefon bersama bapa, Firdaus Abdullah, beliau menjelaskan keadaan Syamimi masih stabil, namun tubuh Syamimi masih mengalami pendarahan dalaman.
Syamimi, 7, mula terlantar akibat barah tersebut pada April lalu dan sehingga kini masih menunggu padanan hati yang bersesuaian dengan darahnya.
Mengakhiri perbualan pada petang Selasa itu, Firdaus dengan nada sayu berkata, beliau dan keluarga khsususnya Syamimi amat memerlukan sokongan orang ramai dalam pada menantikan sumbangan hati tersebut selain mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang dihulur oleh pelbagai pihak kepada keluarganya.
#barah hati kronik #Syamimiliyana Estrop
;