Adik presiden parti pembangkang Sabah ditahan SPRM

Astro Awani
Oktober 10, 2017 21:52 MYT
Sebelum ini, lelaki tersebut dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Sabah. - Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan adik kepada presiden parti politik pembangkang di Sabah di sini pada jam 9.30 malam tadi, berhubung penyelewengan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).
Menurut sumber SPRM yang dihubungi Astro AWANI, individu berusia 52 tahun itu bakal direman esok (Selasa).
Sementara itu, pada petang tadi, individu berkenaan telah dibawa pihak SPRM ke rumahnya di Putatan, Sabah bagi mencari bahan bukti berhubung kes penyelewengan tersebut.
Sebelum ini, lelaki tersebut dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Sabah.
BACA: SPRM serbu rumah adik presiden parti politik pembangkang Sabah
BACA: Lagi ahli politik Sabah ditahan SPRM
BACA: Seleweng dana kementerian: Pemimpin kanan parti politik Sabah ditahan SPRM
#KKLW #seleweng dana #SPRM
;