Adik maut, abang cedera ditimpa pokok ketika mandi sungai
Sinar Harian
September 26, 2021 22:28 MYT
September 26, 2021 22:28 MYT
HULU SELANGOR: Adik maut manakala abangnya cedera ringan ditimpa pokok tumbang ketika mandi manda di Serendah River pada Ahad.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa melibatkan kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dan 11 tahun.
Menurutnya, panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada jam 2.39 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Kejadian melibatkan pokok tumbang yang telah menimpa dua kanak-kanak berkenan yang sedang mandi di sungai berkenaan.
"Mangsa telah dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba ke lokasi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.