Adib terkorban semasa bertugas, perbuatan kumpulan pengganas - Mufti Perlis

Raja Hisyam Raja Zaid
Disember 17, 2018 07:26 MYT
Mohd Asri berkata, demi menegakkan keadilan, kesalahan membunuh mestilah dibalas dengan hukuman bunuh kecuali dalam keadaan tertentu. - Gambar fail
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menuntut pihak berkuasa agar mengheret pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ke muka pengadilan.
Dalam posting terbaharu di laman Facebooknya, beliau yang lebih dikenali sebagai Dr Maza menyifatkan pihak yang bersalah memukul Allahyarham Muhammad Adib dalam kejadian rusuhan di kuil pada 27 Nov lalu, merupakan kumpulan pengganas yang perlu menerima hukuman sewajarnya.
"Harga nyawa tidak boleh dipandang ringan," katanya.
Muhammad Adib, 24 tahun, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) malam tadi selepas kira-kira tiga minggu bertarung nyawa.
BACA: Kecoh lagi di Kuil Sri Maha Mariamman, tetapi keadaan terkawal
BACA: Kronologi insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman
Dr Maza dalam posting tersebut turut menyatakan, demi menegakkan keadilan, kesalahan membunuh mestilah dibalas dengan hukuman bunuh kecuali dalam keadaan tertentu.
"Pembunuh mesti dihukum bunuh melainkan jika keluarga mangsa memaafkan. Jika tidak, rosaklah keseimbangan keadilan dalam hidup ini," katanya sambil memetik ayat Al Quran.
#bomba #bunuh #hukum bunuh #Keadilan #Malaysia #meninggal dunia #Mohd Asri Zainul Abidin #Muhammad Adib Mohd Kassim #pengganas #Perlis #pukul #undang-undang
;