Adenan Satem nafi arah cuti umum esok

Bernama
Februari 9, 2016 23:09 MYT
Setiausaha akhbar Adenan, Ambrose Cheng berkata berita itu tidak benar. - Gambar fail
Pejabat Ketua Menteri menafikan berita yang tersebar luas berhubung pengumuman Tan Sri Adenan Satem mengenai cuti umum esok.
Setiausaha akhbar Adenan, Ambrose Cheng berkata berita itu tidak benar.
"Ia ditulis dengan niat jahat. KM mengingatkan orang ramai agar berwaspada dan mematuhi arahan petugas Bilik Gerakan mengenai keselamatan mereka bila berlaku banjir di kawasan masing-masing.
"Bila orang ramai dikehendaki berpindah, mereka perlu berbuat demikian demi keselamatan diri mereka," kata Cheng dalam satu kenyataan malam ini.
#Ambrose Cheng #Pejabat Perdana Menteri nafi berita yang tersebar luas berhubung Tan Sri Adenan Satem mengenai cuti umum esok
;