Adenan Satem kini sah Ketua Menteri Sarawak kelima
Rahimah Abdullah
Februari 28, 2014 10:51 MYT
Februari 28, 2014 10:51 MYT
Tan Sri Adenan Satem mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak kelima di Astana Negeri, Kuching.
Beliau secara rasmi memegang jawatan itu selepas pentadbiran Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak berakhir hari ini.
Istiadat mengangkat sumpah bermula jam 9.30 pagi yang dimulai dengan pendaftar mengadap dan memohon perkenan Tuan Yang Terutama, Tun Abang Muhammad Salahuddin untuk menjalankan upacara.
Ketua Menteri Sarawak kemudian mengadap untuk menerima surat pelantikan dan seterusnya mengangkat sumpah dan menandatangani surat ikrar.
Selepas selesai istiadat itu, ia diteruskan dengan istiadat perpisahan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin.
Istiadat mengangkat sumpah Yang Dipertua negeri Sarawak ketujuh, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan disempurnakan pada Sabtu di Dewan Undangan Negeri Sarawak.
#Abdul Taib Mahmud
#Adenan Satem
#Dewan Undangan Negeri Sarawak
#Ketua Menteri Sarawak
#Tuan Yang Terutama Yang Dipertua negeri Sarawak
#Tun Abang Muhammad Salahuddin