Adenan Satem isytihar 22 Julai cuti umum Sarawak

Hafiz Marzukhi
April 23, 2016 13:14 MYT
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem (tengah) pada Majlis Perasmian Program Sejiwa Senada 2016 di Metrocity Matang, pada Sabtu. - Foto BERNAMA
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem hari ini mengisytiharkan 22 Julai sebagai cuti umum di negeri itu.
Menurut beliau, tarikh tersebut dipilih sempena kemerdekaan Sarawak daripada penjajahan British.
"Secara rasminya, saya umumkan tarikh 22 Julai sebagai cuti umum," kata Adenan.
Pengumuman itu dibuat Adenan ketika ucapan rasminya di Program Sejiwa Senada di Matang, Kuching pagi tadi.
Acara tersebut merupakan hentian terakhir bagi Program Sejiwa Senada yang telah bermula sejak awal tahun ini.
#22 Julai #Adenan Satem #Ketua Menteri #penjajahan British #Sarawak
;