Adele kongsi lagu 'To Be Loved' di Instagram, undang sebak netizen

Agensi
November 18, 2021 19:32 MYT
Adele membuat kejutan kepada peminatnya dengan berkongsi lagu terbaharunya, 'To Be Loved' dalam Instagram peribadinya. - Gambar fail
LONDON: Penyanyi popular Adele membuat kejutan kepada peminatnya dengan berkongsi lagu terbaharunya, To Be Loved dalam Instagramnya, hari ini.
Setakat pukul 7 petang, video berdurasi enam minit 12 saat itu ditonton hampir 9 juta peminatnya dari seluruh negara.
Lagu yang penuh beremosi itu dimuat naik di Instagram menunjukkan penyanyi kelahiran Great Britain itu bersantai duduk atas sofa sekali gus mengundang rasa sebak penonton.
Lebih hiba lagi, setiap bait lirik lagu tersebut seperti memberi gambaran mengenai keperitan perjalanan hidup selepas bercerai.
"To be loved and love at the highest count. Means to lose all the things I can't live without...Let it be known that I will choose to lose. It's a sacrifice, but I can't live a lie. Let it be known, let it be known that I tried" antara lirik lagu itu.
To Be Loved dipetik daripada album terbaharunya, 30 yang menyingkap semula kisah perceraiannya dengan bekas suaminya, Simon Konecki.
Dalam ruangan komen, rata-rata netizen sebak sepanjang mendengar video tersebut.
Selepas kedua-dua pasangan itu rasmi bercerai pada 2019, timbul khabar angin mengatakan bahawa Adele terpaksa berehat kerana perlu menjalani rawatan mental kesan daripada perceraiannya.
#Adele #To Be Loved #Lagu #Instragram
;