Adegan 'panas': Zul Ariffin akan disiasat - Annuar Musa

Astro Awani
Mac 22, 2022 02:24 MYT
Annuar (kiri) memaklumkan Zul Ariffin akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana perkongsian yang menyalahi undang-undang. -Gambar fail
MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan Zul Ariffin akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Ia susulan perkongsian pelakon tersebut di akaun media sosialnya yang memaparkan klip adegan 'panas' dalam sebuah drama baru-baru ini.
Jelas Annuar, perkongsian tersebut menyalahi undang-undang dan proses perundangan sedang dilakukan.
Malah, katanya, adegan seperti yang dipaparkan itu tidak akan dibenarkan untuk ditayang kepada khalayak umum tidak kira sama ada pada bulan Ramadan mahupun pada bulan-bulan yang lain.
"Proses undang-undang berjalan.
"Pelakon Zul Ariffin akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana posting YouTube yang menyalahi undang-undang.
"Yang pasti adegan seperti yang dipapar itu tidak akan dibenarkan tayang, sama ada bulan Ramadan atau bulan yang lain.
"Jagalah nilai dan budaya," ujarnya menerusi perkongsian di Twitter rasminya pada Selasa.

Proses undang undang berjalan.Pelakon Zul Arifin akan di siasat di bawah seksyen 233 Akta KMM kerana posting YouTube yg menyalahi undang undang.Yang pasti adegan spt yg di papar itu tidak akan di benarkan tayang,sama ada bulan ramadhan atau bulan yg lain.Jagalah nilai dan budaya.

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) March 22, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Adegan 'panas': Zul Ariffin mohon maaf
BACA: Adegan panas drama 'Perempuan Itu' tidak sesuai budaya tempatan - Ahmad Marzuk
Terdahulu, Zul Ariffin tampil memohon maaf susulan video babak 'panas' yang tular tersebut.
Katanya, dia akan lebih berhati-hati untuk memuat naik kandungan di media sosial bagi mengelakkan kontroversi berulang.
Untuk rekod, video itu telah dipadamkan dari akaun media sosial Zul Ariffin.
#Tan Sri Annuar Musa #Zul Ariffin #adegan panas #Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998