Adegan panas: Jakim panggil Zul Ariffin, produksi drama 'Perempuan Itu'

Sinar Harian
Mac 20, 2022 21:28 MYT
Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, selain itu pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) bagi membincangkan perkara tersebut dengan lebih lanjut. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil produksi drama Perempuan Itu termasuk pelakonnya Zul Ariffin serta Siti Hariesa berkait adegan 'panas' yang bercanggah dengan tuntutan agama dan budaya hidup masyarakat di negara ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, selain itu pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) bagi membincangkan perkara tersebut dengan lebih lanjut.
"Cuma dari sudut panduan agama (Islam) budaya seperti itu tidak sepatutnya dibawa masuk ke negara ini yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dan budaya timur," katanya selepas diminta mengulas lakonan panas antara Zul Ariffin bersama Siti Hariesa dalam drama Perempuan Itu di sini pada Ahad.
BACA: Adegan panas: Amaran keras kepada syarikat televisyen tidak jaga sensitiviti - Annuar Musa
BACA: Menteri Agama tegur klip 'adegan panas' Zul Ariffin
BACA: Adegan panas itu adalah rakaman versi kedua - Pengarah
Sebelum itu beliau hadir ke Kejohanan Muay Thai Kebangsaan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) Pengkalan Chepa.
Menurutnya, seluruh pemain industri drama dan filem serta hiburan di negara ini perlu sentiasa peka dengan perkara ini.
Beliau berkata, perkara tersebut telah menimbul keresahan dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan perkara itu akan menjadi ikutan sekiranya gagal ditangani dengan sebaik mungkin.
Pada Sabtu, menerusi perkongsian di Instagram, pelakon berusia 35 tahun itu dilihat mendukung seorang pelakon wanita yang sedang meningkat naik, Siti Hariesa dan aksi mereka dianggap keterlaluan serta tidak sesuai untuk ditayangkan secara umum.
Artikel asal di Sinar Harian
#JAKIM #Zul Ariffin #adegan panas #Perempuan Itu #Siti Hariesa #agama #Ahmad Marzuk Shaary #K-KOMM #Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
;