Adam Rosly dipenjara enam bulan
Sinar Harian
April 26, 2018 21:00 MYT
April 26, 2018 21:00 MYT
Ketua Pemuda PKR Ampang, Adam Rosly dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah memberi kenyataan dan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung harta yang dimiliki.
Hakim, Allaudeen Ismail turut memerintahkan Adam membayar denda RM30,000 atau penjara setahun sekiranya gagal menjelaskannya.
Dalam keputusannya, Allaudeen berkata, pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Adam, 31 tahun, bagaimanapun dibenarkan menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara bagi memfailkan notis rayuan terhadap keputusan itu.