"Adakalanya saya tak berharap nak pulih" - Tun Dr Mahathir

Harits Asyraf Hasnan
Februari 9, 2022 09:13 MYT
Dr Mahathir berkongsi foto bersiar bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di Tasik Putrajaya pagi ini. - Foto Nurhilmy Basiron/Pejabat Dr Mahathir
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui penyakit yang dialaminya sebelum ini amat teruk.
Menerusi perkongsian video di media sosial, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, pernah berasakan dirinya tidak akan pulih daripada penyakit yang tidak dinyatakan itu.
“Saya ucap terima kasih kerana ramai yang berdoa untuk saya pulih dan hasilnya ialah saya telah pulih daripada satu penyakit yang bagi saya amat teruk.
“Adakalanya saya tak berharap nak pulih, tetapi Alhamdulillah, dengan rawatan yang diberi di IJN (Institut Jantung Negara), saya pulih,” katanya.

Adakalanya saya tak berharap nak pulih, tetapi alhamdulillah dengan rawatan yang diberi Institut Jantung Negara (IJN) saya kembali pulih. pic.twitter.com/Z7wbAvo2XW

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) February 9, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Tun Mahathir dibenar keluar dari IJN
Mengulas lanjut, beliau memberitahu kini sudah boleh berjalan, makan, tidur, duduk dan melakukan perkara yang hampir sama sebelum ini.
“Tapi tidaklah begitu kuat nak buat kerja apa semua. Tapi saya harap saya akan pulih,” katanya.
Dalam perkongsian itu, Dr Mahathir turut berkongsi foto bersiar bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di Tasik Putrajaya pagi ini.
Pada 5 Februari lalu, Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi Koronari (CCU).
Dr Mahathir juga menjalani sesi fisioterapi dan prosedur perubatan lanjut sepanjang di pusat rawatan berkenaan.
#Mahathir Mohamad #bekas perdana menteri #Mahathir rawatan IJN #Mahathir sakit