Ada yang selindung kegiatan rasuah di sebalik amal ibadah - Ayob Khan

Israr Khalid
April 5, 2021 07:54 MYT
AYOB KHAN: Orang Malaysia ini ada kecenderungan bila nampak orang derma sahaja, yang lain (keburukan) tertutup.
KUALA LUMPUR: Sukar untuk mempercayai bahawa orang yang sembahyang tidak tinggal dan bergelar ‘Haji’ tergamak untuk memakan wang haram.
Namun itulah realitinya manusia hari ini.
Dalam dunia materialistik dan serba pantas ini, di mana ramai tidak sempat memerhati dan berfikir, begitu mudah untuk menyembunyikan kegiatan jahat yang dijalankan.
Namun tidak di mata polis seperti Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay. Kata Ketua Polis Johor itu, watak sebegitu sudah banyak dikesan.
Pengalaman luas dan lama di Cawangan Khas Bukit Aman mengajar Ayob untuk membaca manusia rata-rata dan tidak mudah terperdaya dengan lakonan mereka.
“Orang Malaysia kita ini ada kecenderungan bila nampak orang derma sahaja, (perbuatan) yang lain tertutup.
“Kita nampak seseorang itu pernah terlibat dengan itu dan ini tetapi ada gelaran, rumah besar, duit banyak sampai bertabur atas lantai.
"Takkan tak terdetik persoalan ‘dari mana dia dapat duit banyak begitu? Dia bisnes apa?” jelasnya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada antara orang yang kelihatan alim serta sering bersedekah dan menderma itu sekadar wayang semata-mata.
"Jika kita membuka mata untuk memerhati dan membaca setiap perincian yang dipamer dalam gerak tubuh dan tutur katanya, kita akan ketahui siapa sebenarnya yang berselindung di sebalik topeng itu.
“Contohnya, duit rasuah pergi haji. Dia ambil rasuah banyak-banyak, RM3 ke RM4 juta setahun, dan tiap-tiap tahun dia pergi menunaikan haji. Lepas itu dia minta ampunlah.
“Balik, minta rasuah lagi. Tahun depan pergi haji lagi. Betul? Ada karakter macam itu, kan?” soalnya kembali.
Tonton temu bual penuh eksklusif beliau dalam Agenda AWANI bersama hos Nazri Kahar, di sini:
Agenda AWANI: Eksklusif bersama Datuk Ayob Khan
#Agenda Awani #Ayob Khan #PDRM #Rasuah #ketua polis johor #sembahyang tidak tinggal #bergelar haji #wang haram #Cawangan Khas Bukit Aman
;